Profil Sekolah

SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI TENGKU AMPUAN RAHIMAH SG. MANGGIS 42700 BANTING SELANGOR DARUL EHSAN
Kod Sekolah    : BFT 1002
email                  : bft1002@btpnsel.edu.my
email webmaster : samttar@gmail.com
Laman web       : http://samttar.edu.my
No. Tel               : 03-3187 2396
Fax                       : 03-3181 3595

VISI KPM
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

MISI KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MOTO
Ilmu Sinar Bahagia
SLOGAN
Kami Memimpin
WARNA KORPORAT
Maroon
PIAGAM PELANGGAN
  1. Memastikan guru mengajar dan semua murid belajar.
  2. Memberi pendidikan dan layanan secara adil tanpa mengira perbezaan tahap potensi murid.
  3. Memastikan keselamatan dan kebajikan murid di sepanjang waktu persekolahan.
  4.  Melayan ibu bapa dalam masa 40 minit.
  5.  Memberi maklum balas secara bertulis kepada aduan dan rayuan dalam tempoh selewat-lewatnya 5 hari bekerja.
  6.    Memberi perkhidmatan terbaik kepada guru dan kakitangan.
  7. Menjawab atau memberikan keperluan kepada pegawai PPD, PPG, JPN dan KPM dalam tempoh selewat-lewatnya 3 hari dari tarikh surat atau arahan diterima.


SEJARAH SAMTTAR

  1. Ditubuhkan pada Januari 1943.
  2. Tempat asal di tanah wakaf Masjid Kampung Sungai Manggis.
  3. Ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Haji Ibrahim b Mohd Akim (Ketua Kampung Sungai Manggis).
  4. Pada tahun 1945 pentadbiran sekolah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan Majlis Agama Islam Selangor sebagai pengelolanya.
  5. 1959 sebahagian bangunan diruntuhkan kerana projek pembesaran Masjid Kampung Sungai Manggis. Bangunan baru dibina di sebelah masjid berkenaan.
  6.   Pada 4 Januari 1960 sekolah ini dinaiktaraf menjadi Sekolah Agama Menengah Khas.
  7. Pada 3 Januari 1976 sebuah bangunan baru dibina dan dikenali dengan nama Sekolah Arab Menengah Rendah Sungai Manggis.
  8. Pada 2 Januari 1976 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Agama Menengah Rendah Sungai Manggis.
  9. Tahun 1985 Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM1.8 juta bagi membina bangunan sekolah yang baru.
  10. Pada 3 Januari 1985 projek ini siap dan sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Sungai Manggis (Berasrama).
  11. Pada 1 Disember 1988 satu projek kilat mengandungi 5 bilik darjah didirikan dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor.
  12. Tahun 1989 sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Tinggi Sungai Manggis yang menyediakan pembelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan Enam Atas.
  13. Pada 14 Mei 1991 satu blok bangunan 5 bilik didirikan hasil usaha sekolah dan PIBG. Projek ini mendapat kerjasama pihak tentera (Projek Askar Turun ke Desa).
  14. Pada 15 Ogos 1992 sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah mengambil sempena nama Permaisuri Sultan Selangor.
  15. Perasmian pada 15 Ogos 1992 oleh DYMM Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah, Sultan Selangor.
  16. Sehingga tahun 2007, usia sekolah sekarang ialah 64 tahun

samttar_2
Sejarah ringkas

Lencana ini diilhamkan oleh tiga orang guru iaitu Hj Sulaiman bin Karli, Abd Jalil bin Ariffin dan Puan Norlida bt Hayon.

Penjelasan Warna 

Hijau
Syiar Islam
Putih
Bersih dan suci
Biru
Perpaduan
Merah/Kuning
Warna Negeri Selangor
Penjelasan Lambang
Mahkota
melambangkan permaisuri, sesuai dengan nama SAMTTAR
Bentuk Pentagon
melambangkan Rukun Islam yangLima, ditambah satu di tengah-tengah iaitu Rukun Iman dan dirantai menggambarkan Rukun-rukun tersebut dilaksanakan semuanya
Selendang Merah/Kuning
melambangkan kewibawaan
Bintang
melambangkan kemuncak yang dituju
Pena dan Cop Mohor
melambangkan kepentingan ilmu
Buku
melambangkan core business sekolah yang mengutamakan  penerokaan ilmu
Kalungan bunga
melambangkan visi dan cita-cita para pengasas
Banner
memuatkan nama dan alamat sekolah melambangkan identiti

Kata-kata Hikmah
“Ilmu Sumber Bahagia” bermaksud ilmu sebagai sumber kebaikan dunia ataupun akhirat.


LAGU SEKOLAH
Samttar Samttar
Namamu indah kami bertuah
Ilmu penyuluh sinar bahagia
Salam dihulur tandanya ukhuwah
 
Samttar Samttar
Gedung wawasan insan nan pintar
Harapan bonda dan masyarakat
Lahirlah kami pemimpin wibawa
 
Chorus :
Kami memimpin kami berjuang
Kami bertekad menabur budi selaut bakti
Namamu ku julang ikrar kuterang
Tali Allah kami berpegang
Semoga hidup gilang gemilang
 
Samttar Samttar
Guru berbangga kami berjasa
Berjiwa teguh patuh nan taqwa
Dunia akhirat kami berjuang
 
Ulang chorus x 1
Semoga Samttar…….. terus cemerlang

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.