Solat Hajat Perdana 2016

Program Solat Hajat Perdana ini telah diadakan pada 30 September 2016 bermula dengan pendaftaran ibu bapa dan pelajar pada jam 6 petang dan berakhir pada jam 10 malam. Ia melibatkan pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3, SMA, SPM, STAM dan STPM. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Fadhil Al-Yamani Pengasas pondok moden Ad-Darain. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua tetamu yang hadir serta sumbangan yang dihulurkan secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan anak-anak pelajar ini dipermudahkan urusan menghadapi peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi seterusnya beroleh kejayaan. Barakallahu lakum.