Majlis Graduasi Tingkatan 5 2016

Hari Graduasi Pra SPM yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum & PIBG ini telah diadakan pada 30 september 2016 di Dewan Al-Ghazali bermula jam 7:30pagi dan berakhir jam 12:00 tengahari. Program ini adalah acara tahunan dan merupakan tahun kedua pelaksanaannya. Selain meningkatkan motivasi pelajar dan memberi suntikan semangat untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM, objektif utama Hari graduasi ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar tingkatan 5 atas segala usaha dan penglibatan mereka kepada peningkatan prestasi sekolah.